Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

112) USAHA PENCEGAHAN DENGGI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha bersepadu Kerajaan Negeri Êdalam usaha membasmi masalah denggi di Negeri Selangor?

    Laporan Situasi Denggi di Negeri Selangor secara kumulatif sehingga 17 November 2018 telah merekodkan sebanyak 37,149 kes, berbanding 42,393 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2017. Jumlah kes denggi bagi tahun 2018 menunjukkan pengurangan sebanyak 12% berbanding tahun

    Kumulatif kes kematian pula mencatatkan sebanyak 32 kes sehingga 17 November 2018 berbanding 60 kes kematian pada tahun 2017, iaitu pengurangan sebanyak 47%. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kes denggi dan kematian bagi tahun 2018 dan 2017 mengikut daerah :

    Kes demam Denggi Negeri Selangor dipantau secara konsisten melalui 2 Mesyuarat Tindakan Denggi iaitu:

    • Mesyuarat Tindakan Denggi Negeri Selangor yang diadakan setiap 2 minggu bagi membincangkan dan merangka dasar serta melaksanakan program-program kawalan dan pencegahan denggi. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Jabatan di peringkat Negeri; dan
    • Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau wakilnya diadakan setiap minggu bagi membincangkan permasalahan di lokaiti wabak terutama hotspot . Mesyuarat ini akan memutuskan tindakan serta merta di peringkat daerah bagi permasalahan Mesyuarat ini dihadiri wakil Jabatan di peringkat daerah termasuk Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan pihak terlibat langsung dengan isu dibincangkan.

      Dalam masa yang sama, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini termasuklah :

      • Pelantikan semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan menjadi Pengerusi Denggi Mengikut zon dengan peruntukan khas yang telah disalurkan kepada setiap Ahli Majlis bagi membantu mengurangkan penularan kawasan wabak di kawasan masing-masing. Setiap Ahli Majlis perlu mewujudkan Pasukan Denggi di sesuatu lokaliti hotspot seperti COMBI bagi menanamkan rasa kebertanggungjawaban mencegah denggi perlu dilakukan bersama-sama.

       

      1. Pelaksanaan OPS Bersepadu Denggi Peringkat Daerah di mana PBT lain dimobilisasikan ke daerah yang mencatatkan bilangan kes yang tinggi pada sesuatu masa.

       

      • Pelantikan PCO melalui PBT bagi membantu mengawal kawasan penularan wabak denggi terutama semasa kes berada di tahap yang tinggi.

       

      1. Setiap PBT diminta mengadakan Taklimat kepada kontraktor pembersihan terutama kontraktor di bawah lantikan PBT bagi memastikan kerja-kerja yang pembersihan meliputi penghapusan tempat pembiakan

       

      • Program Nyamuk Wolbachia oleh Institute of Medical Research (IMR) telah dilaksanakan bermula Mac dan Mei 2017 di AU2, Taman Keramat dan Blok D, Seksyen 7, Shah Alam. Program ini di luaskan kepada lokaliti hotspot yang lain di daerah Petaling iaitu di Seksyen 7 Pusat Komerisal, Shah Alam dan Mentari Court, Petaling
      • Pelaksanaan Pendekatan Ekosistem Kawalan dan Pencegahan Denggi. Pendekatan Ekosistem telah dilaksanakan di beberapa daerah yang mencatatkan kes demam denggi yang tinggi.

       

      • Menggalakkan penglibatan semua rumah ibadat Islam dan selain Islam untuk mengadakan gotong-royong di kawasan masing-masing bagi menjaga dan memastikan premis adalah bebas

Lampiran

Tiada Lampiran.