Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

106) MEMBINA HOSPITAL BARU DI KAWASAN LUAR BANDAR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Orang kampung sangat memerlukan hospital. Adakah kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membina hospital baru di kawasan dun ÊSungai Pelek malah kawasan luar bandar lain di Selangor?

    Pembinaan hospital adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, bagi menampung keperluan penduduk di luar bandar, kerajaan persekutuan juga menyediakan klinik-klinik kesihatan yang terletak berhampiran dengan penduduk di kawasan luar

    Dengan adanya pelaksanaan Skim Peduli Sihat oleh Kerajaan Negeri, klinik panel Skim Peduli Sihat dapat membantu mengurangkan kesesakan di hospital dan  klinik kerajaan dan lebih hampir dengan kawasan luar bandar.

    Di dalam kawasan Sungai Pelek, terdapat sebanyak 7 klinik panel yang telah berdaftar untuk Program Skim Peduli Sihat. Berikut adalah senarai klinik panel tersebut :

    • Klinik Ashfa & Raja (Sungai Pelek)
    • Klinik Shrii Sepang (Taman Murni)
    • Klinik Velayutham (Sungai Pelek)
    • Klinik Sri Singam (Sungai Pelek)
    • Klinik I-Care (Sungai Pelek)
    • Poliklinik Penawar (Sungai Pelek)
    • Klinik RS Shiva Sdn Bhd (Bandar Baru Salak Tinggi)

Lampiran

Tiada Lampiran.