Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

105) PENCEGAHAN DEPOH KONTENA DI KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah depoh kontena haram yang berada di dalam kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah yang menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalanraya?

    Berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020, kampung tradisi telah dizonkan sebagai kawasan perumahan. Pihak Majlis melaksanakan pemantauan berterusan dan mengeluarkan notis penguatkuasaan ke atas aktiviti-aktiviti pembangunan haram di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Tindakan pendakwaan ke mahkamah diambil jika pemilik tanah/pengusaha masih ingkar dengan notis yang telah disampaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.