Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

98) SMARTSEL DAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI DI JENJAROM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan dan inisiatif yang telah diambil oleh SmartSel untuk membangunkan infrastruktur internet jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan Kampung Sungai Jarom, Jenjarom dan Banting, Kuala Langat sejak penubuhannya?

    Pada masa ini, sebanyak 36 hotspot WiFi Smart Selangor telah  dipasang  di Banting. Dalam usaha untuk menyediakan internet jalur lebar kepada orang awam yang disasarkan, di antara cabaran utama yang dihadapi adalah tiada ketersediaan infrastruktur jalur lebar yang mencukupi bagi membekal perkhidmatan di kawasan-kawasan luar bandar. Bagi menangani isu liputan jalur tersebut, SmartSel Sdn Bhd (SMARTSEL) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2017 untuk meneroka dan mencari penyelesaian alternatif bagi menyediakan perkhidmatan internet ke kawasan-kawasan yang masih belum ada capaian internet termasuklah dengan merancang dan membangunkan rangkaian digital teras (Core Network).

    SMARTSEL dengan kerjasama rakan telekomunikasi tempatan dan antarabangsa sudahpun mula merancang dan membangunkan rangkaian digital teras (Core Network) khusus untuk Selangor termasuk memasang rangkaian teras ini di kawasan luar bandar mengikut fasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.