Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
69) IKLAN HARAM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membanteras pengiklanan haram pinjaman wang tidak berlesen(along) secara efektif dalam Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa mengambil tindakan untuk memerangi iklan haram. Antara tindakan yang diambil adalah:-
- Mengambil tindakan di bawah Peruntukan 7 Undang-Undang Kecil Iklan 2007 berkaitan kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen. Kompaun yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM600.00 dan jika didakwa di mahkamah boleh dikenakan denda sebanyak tidak lebih RM2,000.00 jika disabitkan kesalahan;
- PBT juga melaksanakan operasi iklan haram sebanyak dua (2) kali sehari iaitu mulai seawal pagi dan waktu petang di semua kawasan operasi PBT;
- PBT akan mengemukakan nombor telefon pengiklanan kepada pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk permohonan penamatan perkhidmatan;
- Mengadakan operasi bersepadu iklan along dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan NGO dalam membanteras aktiviti along;
- PBT melakukan pemeriksaan terhadap syarikat/agensi yang menjalankan perniagaan percetakan terutamanya yang melibatkan percetakan banner, bunting dan Sekiranya syarikat/kilang percetakan tersebut didapati mencetak iklan atau sticker iklan pinjaman kewangan yang tidak berlesen, lesen perniagaan mereka akan ditarik/dibatalkan.