Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
66) KEDUDUKAN KEWANGAN PBT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pendapatan dan perbelanjaan di setiap PBT Selangor.
Pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap PBT bagi tahun 2017 dan 2018 (sehingga 31 Oktober 2018) adalah seperti jadual berikut:
-
Nyatakan cara Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu PBT yang menghadapi kekurangan pendapatan berbanding PBT seperti MBPJ, MBSA dan MPSJ.
Kerajaan Negeri sentiasa memantau kutipan Cukai taksiran bagi semua PBT bertaraf Bandaraya, Perbandaran mahupun Daerah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negeri bagi memastikan kutipan memenuhi sasaran berikutan ianya merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT Negeri Selain itu, PBT juga memberi fokus untuk meningkatkan aktiviti hasil bukan cukai dalam usaha meningkatkan hasil yang ternyata akan memperkukuhkan rizab Majlis.
Dalam usaha memperkukuhkan rizab dan sekali gus memberi perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan mesra kepada rakyat, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar perbelanjaan berhemah dan kawalan tunai yang berkesan bagi membantu meningkatkan rizab PBT Negeri Selangor melalui belanjawan yang diluluskan. Walau bagaimanapun, PBT juga perlu mengawal dan memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan seimbang dengan hasil yang berjaya dikutip.
-
PBT seperti MPS menghadapi kekurangan kakitangan untuk kerja penguatkuasaan, apakah cara penyelesaian?
Majlis Perbandaran Selayang mempunyai 148 orang penguatkuasa bagi menampung kawasan keseluruhan operasi yang berkeluasan 549.23 kilometer persegi. Kekurangan kakitangan penguatkuasa ini perlu segera ditangani serta mewujudkan waran perjawatan tetap dan kontrak dengan memohon waran perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).