Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

60) PERKAHWINAN BAWAH UMUR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa permohonan dan kelulusan untuk perkahwinan di bawah umur 18 yang dicatatkan untuk tahun 2018 sehingga 31 October di Negeri Selangor?

    Berdasarkan kepada rekod pendaftaran kes di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), jumlah Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur (berdasarkan peruntuknan sedia ada iaitu lelaki kurang 18 tahun dan perempuan kurang 16 tahun) bagi orang Islam yang didaftarkan di Negeri ini bagi tahun 2018 sehingga 31 Oktober adalah sebanyak 48 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 34 permohonan diluluskan dan 14 permohonan ditolak. Data terperinci adalah seperti berikut :

    Bagi perkahwinan bawah umur bukan Islam, data tersebut di bawah kawalan Jabatan Pendaftaran Negara.

  2. Sila senaraikan butiran termasuk jantina, kaum dan permohonan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.