Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
50) PEMBANGUNAN EKONOMI PETANI DAN PENTERNAK
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri untuk membangunkan ekonomi petani dan penternak?
Inisiatif baharu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi petani dan penternak adalah dengan memberikan galakan dan insentif yang berbentuk pertanian berteknologi moden serta projek-projek pertanian yang mempunyai nilai tinggi High Value Agriculture Product (HVAP) serta mengamalkan konsep pertanian persis (precision agroculture).
-
Senaraikan bantuan yang telah diberikan kepada petani dan penternak dari 2016-2018.
Antara projek-projek pertanian tanaman yang diberikan tumpuan adalah berkonsepkan fertigasi manakala bagi pesawah pula, penggunaan drone untuk kerja-kerja pengawalan serangga perosak dan baja tanaman. Amalan-amalan pertanian tersebut boleh mengurangkan kos tenaga buruh dan dalam masa yang sama, ketepatan penggunaan baja dan pengawalan serangga perosak boleh mengoptimakan keuntungan pengusaha.
Jumlah bantuan yang telah diberikan kepada golongan petani dan penternak dari tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut :-
BIL. TAHUN BIDANG JUMLAH (RM) 1. 2016 Tanaman 12,016,000 Penternakan 2,455,727 JUMLAH 14,471,727 2. 2017 Tanaman 19,522,557 Penternakan 2,700,855 JUMLAH 22,223,412 3. 2018 Ternakan 12,397,952 Penternakan 2,385,070 JUMLAH 14,783,022 JUMLAH KESELURUHAN
51,686,668 *Nota : Pertambahan ketara pada tahun 2017 adalah disebabkan oleh Bantuan Khas Kewangan Kepada Pesawah akibat serangan Bacterial Leaf Blight (BLB) sebanyak RM8 juta.