Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
44) TABUNG PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (TEPAT) SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah yang diperuntukan kepada Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) bagi membantu memulihkan projek terbengkalai di Selangor secara teperinci.
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) telah disalurkan pada Tahun 2016 berjumlah RM18,000,000.00 bagi membantu memulihkan kemudahan infrastruktur projek perumahan terbengkalai. Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada projek Terbengkalai Tanpa Lesen dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi projek Rumah Kos Rendah (RKR) Dan Kos Sederhana Rendah (RKSR).
-
Nyatakan projek yang telah dan akan dipulihkan dibawah TEPAT Selangor secara terperinci.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tahun 2018 Kerajaan Negeri melulus dan melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai “Project management Consultant (PMC) untuk pemulihan kemudahan infrastruktur bagi projek Taman Desa Mawar, Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor. Dan PKNS melantik secara terus Syarikat Grandmas Development Sdn. Bhd sebagai kontraktor utama. Kos untuk membaikpulih projek berkenaan adalah sebanyak RM6,360,000.00. Manakala Kerajaan Negeri juga masih dalam peringkat kajian awalan ke atas penyediaan kerja-kerja infrastruktur bagi cadangan dua (2) projek perumahan terbengkalai iaitu Pembesaran Kg. Melayu Rasa, Ampang Pechah dan Kg Koskan, Sg Choh Hulu Selangor melalui Tabung TEPAT.