Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

42) KEROSAKAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah jejambat di Persiaran KWSP Sungai Tangkas Bandar Baru Bangi yang kelihatan retak teruk pada zahirnya, masih selamat digunakan oleh orang ramai?

    Berdasarkan ulasan pihak perunding yang dilantik, jejambat tersebut masih selamat digunakan. Pihak MPKj juga telah mengambil langkah-langkah sementara dengan mengeluarkan Notis Arahan kepada semua pemaju yang menggunakan jejambat tersebut agar mematuhi tempoh masa penggunaan kenderaan berat iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja.

  2. Apakah tindakan untuk menyelesaikan masalah di atas?

    Pihak MPKj telah melantik perunding dan kontraktor bagi kerja-kerja ujian konkrit ke atas tiang – tiang di bawah jejambat tersebut bagi mengenalpasti punca Sehubungan itu, kerja-kerja ujian tersebut dijangka siap pada awal bulan Februari 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.