Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

33) USAHA PENYELIDIKAN DAN KONSERVASI OLEH PADAT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan memberi perhatian dan peruntukan yang mencukupi terhadap usaha-usaha penyelidikan dan konservasi yang dilakukan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) khususnya berkaitan dengan sejarah awal Negeri Selangor?

    Kerajaan negeri telah memberi perhatian dan peruntukan yang mencukupi kepada kerja-kerja penyelidikan dan pemuliharaan warisan bagi negeri Selangor.

    Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) sebagai agensi yang dipertanggunjawabkan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut telah dan sedang dalam tindakan melaksanakan penyelidikan tidak hanya terfokus kepada sejarah awal sahaja tetapi juga meliputi kepada penyelidikan mengenai warisan dan kebudayaan ketara dan tidak ketara.

    Untuk makluman PADAT telah menerbitkan 7 penyelidikan mengenai sejarah, warisan dan budaya. Penerbitan buku ini telah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor untuk dilancarkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.