Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

32) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor memberi kemudahan wifi di sekitar flat ataupun pangsapuri?

    Kemudahan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) adalah disasarkan kepada kawasan tumpuan awam dan kawasan penduduk yang berpendapatan rendah.Bagi kawasan perumahan seperti pangsapuri, pemasangan WiFiSS akan dipertimbangkan sekiranya menepati kriteria yang ditetapkan tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur yang berada di kawasan tersebut.

  2. Berapa kelajuan wifi yang ditawarkan kepada pengguna di sekitar flat/pangsapuri?

    Kelajuan WiFi adalah bergantung kepada infrastruktur jalur lebar yang sedia ada berhampiran dengan kawasan pangsapuri tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.