Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
31) BANTUAN BENCANA KEBAKARAN DAN BANJIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bertanya kepada Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana kebakaran kepada mangsa ?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah bantuan kepada mangsa bencana melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor dan akan meneruskan bantuan berdasarkan kadar sedia ada yang telah dikemaskini sehingga 31 Ogos 2017. Kadar bantuan adalah seperti jadual di bawah :-
Bil Perkara Kadar Maksimum 1. Mangsa kebakaran a) Musnah keseluruhan
b) Musnah sebahagian
RM 500.00
RM 250.00
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat juga agensi-agensi lain yang memberikan wang bantuan kepada mangsa bencana dengan kadar seperti di dalam jadual berikut :
BIL. AGENSI KADAR BANTUAN 1. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) MAKSIMUM RM 5,000 (rumah musnah bencana)
akibat
2. YAYASAN (YIDE) ISLAM DARUL EHSAN MINIMUM RM300 MAKSIMUM RM1000 –
melibatkan kematian termasuk barangan keperluan (hanya untuk mangsa beragama
islam)
3. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) Banjir – MINIMUM RM100 Ribut /Tanah Runtuh – RM 300 KEBAKARAN – RM 500 MAKSIMUM RM 5,000
(rumah musnah akibat bencana)
4. YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
RM200 untuk seorang anak (anak yang berdaftar dengan TAWAS)