Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

30) KILANG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kilang haram telah dibersihkan di setiap PBT di Selangor dari 2016-2017?

    Bilangan Kilang Haram yang telah dibersihkan di setiap PBT Negeri Selangor oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) adalah sebanyak 630 buah kilang. Perincian bilangan kilang haram yang dibersihkan adalah seperti berikut:-

     

    Bil.

     

    PBT

    Bilangan Kilang Haram Yang Dibersihkan

    (Unit)

    1. MBSA 91
    2. MBPJ 0
    3. MPSJ 0
    4. MPS 23
    5. MPKj 236
    6. MPK 100
    7. MPAJ 0
    8. MPSp 55

     

    9. MDKS 7
    10. MDKL 98
    11. MDHS 16
    12. MDSB 4
    Jumlah Keseluruhan 630
  2. Apakah langkah terkini telah dilakukan dalam membanteras kilang haram di Selangor?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pemutihan Kilang Haram (PPKTK) Di Negeri Selangor bermula Julai 2006 sehingga 31 Disember 2015. Dalam tempoh tersebut pelbagai insentif dan kelonggaran dalam aspek teknikal dari pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Teknikal telah diberikan kepada pemilik berdaftar tanah (pengusaha kilang).

    Insentif yang diberikan antaranya adalah pengurangan bayaran premium tambahan dan premium sebanyak 50 % jika dibayar dalam tempoh 3 bulan, pengurangan 30 % jika dibayar dalam tempoh 6 bulan dan pengurangan 10% jika dibayar dalam tempoh 9 bulan.

  3. Berapakah anggaran kerugian hasil kutipan cukai akibat dari kilang-kilang haram dari tahun 2015-2017?

    Tiada anggaran kerugian yang dihadapi oleh PBT. Untuk makluman Yang Berhormat juga, tafsiran ‘pegangan’ berdasarkan Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bolehlah ditafsirkan sebagai “mana-mana tanah yang ada atau tidak ada bangunan-bangunan di atasnya, yang dipegang di bawah suatu dokumen hakmilik yang berasingan dan, mengenai bangunan-bangunan yang dipecahbahagi, ertinya harta bersama dan mana-mana .”

    Oleh yang demikian, bagi mana-mana pegangan harta yang mempunyai dokumen hakmilik, ianya telah dikenakan cukai taksiran oleh pihak PBT. Sehubungan dengan itu, pihak PBT tetap mengenakan cukai taksiran terhadap kilang ini setelah ‘dibersihkan’. Walau bagaimanapun, kilang-kilang haram yang sekiranya wujud akan dikenakan tindakan segera sama ada tindakan memberi notis, sitaan, perobohan atau pemutihan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.