Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
27) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai pelaburan langsung asing yang masuk ke Negeri Selangor sejak Kerajaan Pakatan Harapan menjadi pemerintah di Malaysia?
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 sebanyak 83 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,095,846,952 (RM 3.096 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 1,571,251,260 (50%) adalah daripada pelaburan langsung asing dan sebanyak RM 1,524,595,692 (50%) daripada pelaburan tempatan.
-
Berapa ramai pekerja yag diberhentikan kerja disebabkan oleh syarikat gulung tikar atau menamatkan operasi di Negeri Selangor tahun 2016-2018.
Berdasarkan statistik MIDA dari tahun 2016 hingga 2018 sebanyak 31,165 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada sebanyak 527 projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor.
Berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, seramai 569 orang pekerja telah diberhentikan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018 disebabkan oleh syarikat gulung tikar atau menamatkan operasi di Negeri Selangor.