Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

17) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pusat asuhan kanak-kanak yang berlesen di Selangor mengikut PBT.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempertimbangkan permohonan pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) mengikut daerah di mana TASKA berkenaan beroperasi. Jumlah TASKA berdaftar mengikut daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    BIL. DAERAH BIL. TASKA
      Petaling 347
      Klang 93
      Hulu Langat 226
      Gombak 129
      Sepang 90
      Kuala Selangor 41
      Hulu Selangor 88
      Kuala Langat 76
      Sabak Bernam 11
      JUMLAH 1,011

    Jadual 1: Jumlah TASKA Berdaftar Di Negeri Selangor Sehingga Mulai 2013 hingga Oktober 2018

     

  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri memastikan setiap pusat tersebut mematuhi peraturan ditetapkan?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor berperanan untuk memastikan setiap Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau TASKA mematuhi peraturan yang ditetapkan:

    • Pemantauan dan lawatan ke atas TASKA akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh Pegawai Diberi Kuasa (PDBK). PDBK akan mengemukakan Laporan Pemantauan dan akan membuat teguran jika terdapat sebarang ketidakpatuhan di dalam pengurusan TASKA berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak
    • Mana-mana pengusaha yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 ini boleh diambil tindakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap TASKA adalah arahan bertulis, tutup sementara, kompaun, pendakwaan, pembatalan perakuan dan lak. Berikut adalah statistik tindakan penguatkuasaan yang telah diambil ke atas TASKA berdaftar dan tidak berdaftar:
    Bil Jenis Tindakan Jumlah kes Tahun 2017 Jumlah kes sehingga

    Oktober 2018

    1 Pendakwaan 4 2
    2 Kompaun 6 5
    3 Lak 5 3
    4 Arahan Bertulis 15 1
    5 Arahan Tutup Sementara 2
    6 Batal Perakuan 37 33
    JUMLAH 69 44
  3. Nyatakan jumlah lesen yang ditarik semula dan sebabnya.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi tempoh Januari hingga Oktober 2018, sebanyak 33 perakuan TASKA telah dibatalkan. Berikut merupakan sebab pembatalan perakuan TASKA:

    • Jika terdapat apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan kepada mana- mana syarat yang dikenakan berhubung dengan apa-apa pendaftaran yang dibuat di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984;
    • Jika Pengendali pusat jagaan telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 atau kesalahan yang melibatkan Fraud atau keburukan akhlak;
    • Jika pengendali yang memohon supaya pendaftaran dibatalkan akibat daripada penutupan operasi premis; dan
    • Jika PDBK mendapati TASKA tidak wujud lagi atau memberhentikan pengoperasian sebagai TASKA.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.