Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

5) INFRASTRUKTUR KAMPUNG KOMUNITI INDIA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan rancangan untuk menyelesaikan isu-isu infrastruktur dan masalah perkampungan yang tidak mempunyai perancangan teratur di kawasan kampung masyarakat India.

    Di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri bertindak memantau aktiviti dan program setiap Ketua Komuniti Kaum India yang dilantik dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan. Walau bagaimanapun, bagi isu – isu yang melibatkan infrastruktrur dan masalah perkampungan yang tidak mempunyai perancangan teratur di kawasan kampung masyarakat India adalah terletak di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain – lain agensi yang berkenaan. Saya yakin dan percaya bahawa setiap agensi berkenaan sentiasa peka dan prihatin serta mempunyai perancangan khusus untuk menangani isu infrastruktur serta masalah perkampungan tidak tersusun di kawasan masyarakat India bagi memastikan penambahbaikan dapat dibuat dari semasa ke semasa.

  2. Adakah satu peruntukan khas seperti kampung tradisi dan kampung baru akan wujud untuk menyelesaikan masalah infrastruktur kampung masyarakat India?

    Seperti yang telah dimaklumkan sebentar tadi, semua isu yang melibatkan infrastruktur perkampungan masyarakat India adalah di bawah tanggungjawab pihak yang berkenaan namun cadangan Yang Berhormat Rawang untuk mewujudkan peruntukan khas sepertimana Kampung Tradisi & Kampung Badang Cina adalah suatu cadangan yang baik walau bagaimanapun kajian menyeluruh perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri terlebih dahuli bagi memastikan cadangan tersebut betul-betul menepati keperluan kumpulan sasaran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.