Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

3) HAD MUATAN BERAT LORI BAGI PROJEK PERUMAHAN DI DALAM KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menetapkan had muatan berat lori bagi tujuan projek perumahan di dalam kawasan kampung bagi mengatasi masalah kerosakan jalan?

    Penetapan had muatan kenderaan perdagangan adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, Kerajaaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan sentiasa mengawal perkara ini bagi mengatasi masalah kerosakan jalan.

  2. Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap syarikat ini menurap semula jalan-jalan yang rosak akibat projek mereka?

    PBT sentiasa memastikan agar setiap pemaju perumahan menurap semula jalan- jalan yang rosak dan ini telah ditetapkan dalam syarat-syarat pembangunan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemaju. Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah:

    • Pihak pemaju perlu menurap semula jalan sedia ada sepanjang sempadan projek berkaitan sebelum mendapatkan sokongan CCC projek perumahan dari PBT/JKR Daerah;
    • Sekiranya pihak pemaju didapati tidak menjalankan kerja penyelenggaraan dengan baik terhadap jalan awam dan perabot-perabot jalan sedia ada, pihak PBT/JKR Daerah akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan/pembaikan dan bayaran kos kerja akan diambil dari wang cagaran yang telah dijelaskan; dan
    • Pihak pemaju tertakluk di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) di baca bersama Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Jalan, Parit dan Bangunan 2005 dan hendaklah mematuhi arahan PBT dari masa ke

Lampiran

Tiada Lampiran.