Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
302) KAWALAN HARGA TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan melalui PBT pada masa ini mengawal kadar bayaran yang dikenakan oleh operator tempat letak kereta?
Pada masa ini, PBT hanya mengawal kadar bayaran tempat letak kereta di bawah pentadbiran PBT sahaja. Bagi kadar bayaran tempat letak kereta di atas tanah persendirian, ia ditentukan oleh Syarikat Operator yang beroperasi. Walau bagaimanapun, Undang-Undang Kecil 10 (UUK) Tempat Letak Kereta Persendirian (2005) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah menetapkan setiap kadar yang dikenakan hendaklah diluluskan oleh pihak berkuasa melesen (PBT)
Untuk makluman juga, peruntukan undang-undang yang diguna pakai oleh PBT adalah berdasarkan Perenggan 56 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) 2007 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Undang-Undang Kecil 10 (UUK) Tempat Letak Kereta Persendirian (2005) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kadar bayaran yang ditentukan oleh PBT akan diputuskan di dalam Mesyuarat Majlis Penuh dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan kadar tersebut adalah munasabah.
-
Jika ya, apakah peruntukan undang-undang yang membenarkan tindakan ini?
Sama seperti di SUB(a)
-
Jika ya, apakah garis panduan ataupun asas untuk menetapkan kadar bayaran yang dikawal?
Sama seperti di SUB(a)