Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

266) MASALAH PENIAGA KEDAI RUNCIT ACHEH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri akan mengarahkan PBT-PBT untuk menggubal UUK bagi tambahan syarat pengeluaran lesen dan tred masing-masing dalam mengekang masalah peniaga-peniaga kedai runcit dan Alibaba lesen kepada warga asing?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mengeluarkan arahan untuk PBT menggubal UUK bagi tambahan syarat pengeluaran lesen dan tred masing-masing dalam mengekang masalah peniaga-peniaga kedai runcit dan alibaba lesen kepada warga asing.

  2. Apakah syarat-syarat tambahan dan langkah-langkah yang difikirkan untuk mengatasinya?

    Pihak Majlis telah menetapkan beberapa syarat lesen yang melibatkan warga asing. Berikut merupakan syarat-syarat pematuhan lesen perniagaan dan iklan (pengambilan pembantu yang melibatkan warga asing):

    • Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menggaji dan / atau mengambil pembantu / pekerja warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963);
    • Pemegang lesen hendaklah mengemukakan jumlah bilangan dan senarai nama pekerja asing yang bekerja di premis perniagaan yang dilesenkan;
    • Pemegang lesen hendaklah mengemukakan salinan permit kerja yang sah dan masih dalam tempoh daripada Jabatan Imigresen bagi semua pekerja tersebut;
    • Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk meletakkan mana-mana pekerja asing di kaunter hadapan premis perniagaan sebagai juruwang; dan
    • Pemegang lesen dilarang untuk sublet lesen perniagaan yang diluluskan kepada mana-mana warga asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.