Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

261) LAMPU LED DAN CCTV DI PBT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa status (a) penggantian lampu LED dan (b) pemasangan CCTV di PBT-PBT Negeri Selangor?

    Kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor telah mangambil inisiatif bagi menggantikan lampu LED dan pemasangan CCTV. Penggantian lampu LED dan pemasangan CCTV menelan kos yang sangat tinggi dan dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa oleh PBT masing-masing. Ia juga bergantung kepada kewangan PBT masing-masing.

  2. Berapa jumlah yang dibelanjakan setakat ini oleh PBT masing-masing sejak permulaan kedua-dua projek ini.

    Berikut adalah peruntukan yang dibelanjakan oleh PBT bagi penggantian lampu LED dan pemasangan CCTV.

     

     

    PBT

    Jumlah yang dibelanjakan (RM)
    Penggantian Lampu LED Pemasangan CCTV
    MBSA 134,994.60 2,793,312.00
    MBPJ 27,155,770.58 6,245,185.00
    MPK 133,166.30
    MPAJ 3,000,000.00 540,000.00
    MPSJ 10,163.23 19,961,641.60
    MPS 2,127,152.00 145,000.00
    MPKJ 500,000.00
    MPSp 9,077,341.70 126,600.00
    MDKL 448,160.00 323,347.00
    MDHS 100,000.00
    MDKS 72,340.00
    MDSB
    JUMLAH 42,759,088.41 30,135,085.60

     

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta setahun bagi pemasangan 414 unit CCTV di seluruh PBT. Kontrak ini telah dilaksanakan bermula tahun 2013 dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

  3. Apa perancangan Kerajaan Negeri untuk tahun-tahun akan datang?

    Kerajaan Negeri menyokong penuh inisiatif rendah karbon di mana salah satunya adalah penggunaan lampu LED yang jimat tenaga elektrik, kurang membebaskan haba dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Beberapa pembentangan daripada syarikat pembekal lampu LED telah dibuat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaaan Tempatan dengan menerangkan faedah yang bakal diterima oleh PBT. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri turut menggalakkan PBT sendiri untuk meneliti dan menggantikan lampu SON kepada lampu LED berdasarkan peruntukan masing-masing.

    Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melaksanakan technology refreshment ke atas 414 unit CCTV sedia ada daripada sistem analog kepada digital. Pihak UPEN sedang bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) SUK dan SSDU untuk memastikan sistem CCTV yang digunakan seiring dengan keperluan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.