Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
259) PENINGKATAN ANAK LUAR NIKAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah terdapat program kerajaan untuk mendepani kes remaja hamil luar nikah?
Untuk isu remaja hamil luar nikah, terdapat banyak program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia amnya dan JKN Selangor khususnya. Ia bermula dari promosi kesihatan sehingga ke penjagaan remaja hamil sehingga selepas kelahiran. Dari segi promosi, taklimat mengenai kesihatan remaja dan kesihatan reproduktif telah dijalankan di setiap sekolah menengah bagi pelajar tingkatan 1 setiap tahun iaitu semasa lawatan oleh Pasukan Kesihatan Sekolah di setiap daerah di Selangor. Penekanan tentang sentuhan selamat, bahaya HIV/AIDS dan bahaya hamil semasa remaja diberikan semasa ceramah. Ceramah atas keperluan dan permintaan dari sekolah juga dijalankan jika terdapat kawasan yang berisiko tinggi hasil dari analisa situasi.
Selain itu, kes-kes remaja hamil yang datang ke klinik kesihatan juga dipantau di peringkat daerah dan negeri bagi memastikan remaja tersebut bersalin secara selamat. Kaunseling diberikan kepada remaja dan rujukan ke Pakar Perubatan Keluarga bagi pengurusan klinikal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk isu sosial remaja berkenaan. Semua remaja hamil akan dipantau sehingga selepas bersalin. Remaja hamil termasuklah remaja yang berumur 10 hingga 19 tahun yang telah hamil samaada belum berkahwin atau telah berkahwin.
Bagi negeri Selangor, terdapat program khas yang dijalankan untuk penjagaan remaja hamil terutamanya remaja hamil luar nikah. Program ini dinamakan Program Generasiku Sayang dan dilaksanakan sejak tahun 2017 bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam. Ia adalah kolaborasi di antara Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara 2 agensi ini pada 29 November 2017. MOU ini adalah untuk menjadikan kolaborasi ini secara formal, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2021 (5 tahun).
Objektif program ini adalah seperti berikut:
- Menyediakan penjagaan kesihatan ibu (antenatal dan postnatal) kepada pelatih mengikut operasi piawai sedia ada
- Menyediakan penjagaan kesihatan bayi Pelatih mengikut operasi piawai sedia ada
- Saringan status kesihatan kepada pelatih
- Menyediakan perkhidmatan perancang keluarga
- Rujukan kepada Pakar Perubatan Keluarga jika perlu
- Memberikan pendidikan kesihatan dan seksual reproduktif
- Memantau pelaksanaan dalam operasi pusat perlindungan daripada aspek kesihatan.
Walaupun pusat perlindungan ini berada di Sabak bernam, kemasukan pelatih adalah dari semua daerah di negeri Selangor setelah mereka melakukan permohonan kepada pihak MAIS.
-
Berapakah perbelanjaan kerajaan untuk program pencegahan kes hamil luar nikah?
Tiada peruntukan kerajaan yang spesifik bagi program pencegahan kes hamil luar nikah. Namun begitu, peruntukan yang digunakan adalah menggunakan peruntukan bagi program kesihatan keluarga di daerah dan negeri. -
Berapakah jumlah kes yang berlaku di Selangor mengikut umur dan kaum
Jumlah kes adalah seperti berikut:
REMAJA MENGANDUNG YANG DIBERI PENJAGAAN DI FASILITI KESIHATAN DI SELANGOR 2017 2018 JUMLAH Bil remaja mengandung yang berdaftar 1047 915 1962 REMAJA HAMIL MENGIKUT UMUR 2017 2018 JUMLAH 10-14 TAHUN 25 18 43 15-17 TAHUN 420 372 792 18-19 TAHUN 602 525 1127 JUMLAH 1047 915 1962 PERT\