Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

247) PENGGUNAAN TANAH T.O.L. UNTUK MENJANA PENDAPATAN PENDUDUK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tertentu untuk membantu golongan marhaen menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan tanah T.O.L. untuk jangka masa pendek?

    Untuk makluman YB, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN) telah menyatakan pihak yang layak memohon pelupusan Tanah Kerajaan. Peruntukan ini juga terpakai kepada golongan marhaen yang layak.

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah mengeluarkan Pekeliling PTGS Bil.4/2015, pengeluaran Temporary Occupation License (T.O.L) di bawah seksyen 65 Kanun Tanah Negara (KTN) hanya melibatkan 5 jenis kegunaan seperti berikut:-

    1. Tapak semaian / tapak jualan pokok hiasan
    2. Tanaman kontan

    iii.     Pondok pengawal

    1. Papan iklan (billboard)
    2. Tempat meletak kereta

    Daripada 5 jenis tersebut, golongan marhaen yang layak di bawah seksyen 43 KTN boleh memohon TOL bagi kegunaan tapak semaian dan tanaman kontan. Tiada rekod yang jelas berkenaan permohonan TOL daripada golongan marhaen namun, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) telah mengemukakan rekod permohonan TOL daripada individu. Sejak berkuat kuasa pemakaian Pekeliling 4/2015 sehingga kini sejumlah 734 permohonan daripada individu telah diluluskan. Perincian permohonan TOL adalah seperti di Lampiran A.

  2. Apakah sudah ada pasukan badan bertindak bagi mengkaji penggunaan optima tanah T.O.L?

    Sebelum ini Kerajaan Negeri melalui Pekeliling PTGS Bil. 7/2011 telah membenarkan TOL untuk 27 jenis kegunaan.  Namun begitu pengawalan sukar dilaksanakan kerana aktiviti yang diluluskan melalui pemberian TOL adalah bersifat kekal dan penguatkuasaan terhadap tapak yang telah tamat TOL sukar dilaksanakan.  Oleh yang demikian Kerajaan Negeri telah meluluskan pengeluaran TOL hanya untuk 5 kegunaan bersifat sementara sahaja melalui Pekeliling PTGS Bil. 4/2015.  Tiada pewujudan badan bertindak khas bagi mengkaji penggunaan optima tanah TOL di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, pemantauan berkala dari masa ke semasa telah dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pembaharuan TOL setiap tahun.

     

    Lampiran A

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.