Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

246) TAKUNGAN AIR EMPANGAN DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan takungan air yang paling rendah dicatat pada setiap empangan di Selangor pada tahun ini.

    Berikut adalah jadual peratusan takungan air yang paling rendah dicatat pada setiap empangan di Negeri Selangor pada tahun 2019 sehingga 18 Oktober 2019:

     

    BIL.

     

    EMPANGAN

     

    TARIKH

     

    PARAS AIR EMPANGAN TERENDAH (m)

     

    PERATUS KAPASITI TAKUNGAN EMPANGAN TERENDAH

    (%)

    1 BATU 28/9/2019 99.80 81.19
    2 SEMENYIH 1/10/2019 110.18 95.05
    3 LANGAT 29/9/2019 216.90 76.89
    4 KLANG GATES 20/5/2019 92.82 78.53
    5 SG.SELANGOR 30/9/2019 206.45 65.61
    6 TASIK SUBANG 25/9/2019 37.70 87.24
    7 SG. TINGGI 3/10/2019 56.29 79.87
  2. Adakah takungan air Empangan di Selangor mencukupi untuk menampung keperluan bekalan air di Selangor sehingga Disember 2019?

    Kapasiti takungan Empangan di Selangor adalah MENCUKUPI untuk menampung keperluan bekalan air  sehingga Disember 2019. Sehingga kini, kapasiti takungan semua empangan adalah baik melebihi 80% KECUALI Empangan Sg.Selangor 70.29% (16/10/2019). Keupayaan takungan empangan juga mampu menampung untuk pembekalan air mentah bagi tujuan bekalan air di muka sauk melebihi tiga (3) bulan iaitu tertakluk kepada keperluan pelepasan air empangan.

    Sehingga Oktober 2019, tren peningkatan paras air empangan adalah positif berikutan peralihan Monsun pada Oktober dengan nilai kadar taburan hujan yang tinggi sebelum masuk Monsun Timur Laut pada November hingga Mac. Berdasarkan maklumat Mets Malaysia, Negeri Selangor dijangka menerima hujan sedikit melebihi paras purata iaitu dari 320mm hingga 380mm pada bulan Oktober dan 370mm-430mm pada bulan November 2019. Adalah  dianggarkan 50%(1,095mm) daripada jumlah hujan/tahun (2,190mm/tahun) telah turun di Negeri Selangor dan bakinya akan turun dalam tempoh terdekat dan ini akan berupaya meningkatkan paras air di semua empangan di Negeri Selangor.

     

    Berdasarkan tinjauan tersebut, semua empangan dan ORS di Selangor diunjurkan mencapai simpanan penuh (100%) pada penghujung 2019 seperti jadual berikut:

    No. Empangan/ORS Kapsiti Simpanan terkini (%) Unjuran Kapasiti Simpanan @ 30.09.2019
    22.10.2019 31.10.2019 30.11.2019 31.12.2019
    1. Sg Selangor 73.79% 75.24% 93.01% 100%
    2. Sg Tinggi 84.61% 87.66% 92.54% 100%
    3. Sg Semenyih 100% 100% 100% 100%
    4. Sg Langat 89.39% 89.37% 100% 100%
    5. Sg Batu 86.44% 86.93% 100% 100%
    6. Klang Gates 100% 98.07% 100% 100%
    7. Tasik Subang 98.44% 98.51% 100% 100%
    8. ORS Sg Labu 99.62% 100%* 100%* 100%*

Lampiran

Tiada Lampiran.