Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
243) ISU KETIADAAN LAMPU JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu ketiadaan lampu jalan di sekitar jalan Dengkil seperti di Desa Putra, Sungai Merab, Jenderam Hilir, Olak Lempit dan Jalan Dengkil-Banting?
Bagi Jalan Persekutuan yang tiada lampu jalan, JKR akan mengkaji dari semasa ke samasa keperluan dan kesesuaian pemasangan lampu jalan berdasarkan Arahan Teknik Jalan (ATJ) dilokasi berkenaan.
Manakala di kawasan yang mempunyai lampu jalan yang tidak berfungsi pula adalah kerana isu kes kecurian. Peruntukan penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat sebanyak RM 42 Juta telah dipohon kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi tahun 2019 di seluruh Selangor. Sehingga kini, hanya peruntukan berjumlah RM 1.5 Juta sahaja diluluskan bagi seluruh Negeri Selangor untuk dibahagikan pada setiap daerah bagi kerja-kerja menyelenggara lampu isyarat dan lampu jalan mengikut keutamaan.
aikan juga melibatkan pembaikan secara Jabatan bagi penggantian lampu dan lain-lain yang melibatkan alat ganti sahaja.