Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

233) GEJALA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH UMUR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sosial di kalangan kanak-kanak bawah umur?

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat,

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor sentiasa melaksanakan program bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak.

    JKM Negeri Selangor menguruskan kes pelindungan kanak-kanak dan jenayah melibatkan kanak-kanak menggunakan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.Selain itu, JKM Negeri Selangor menganjurkan pelbagai program/perkhidmatan bagi menangani masalah sosial di kalangan kanak-kanak seperti berikut:

    1. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)

    Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) menyediakan program berbentuk seminar, kursus dan bengkel serta intervensi berbentuk motivasi, bimbingan kaunseling dan sukan. Sehingga kini, Selangor mempunyai 17 buah PAKK seperti di bawah:

    BIL. DAERAH NAMA PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK)
    1 Petaling
    1. PAKK Taman Medan
    1. PAKK Taman Putra Damai
    1. PAKK Shah Alam
    1. PAKK Subang Jaya
    2 Klang
    1. PAKK Taman Seri Perantau
    3 Sabak Bernam
    1. PAKK Taman Gemilang
    1. PAKK Taman Perpaduan
    4 Gombak
    1. PAKK Kg. Bendahara
    1. PAKK Bandar Tasik Puteri
    1. PAKK Hulu Klang
    5 Hulu Selangor
    1. PAKK Wawasan Gemilang
    6 Kuala Langat
    1. PAKK Banting Baru
    1. PAKK Kg. Kundang
    7 Sepang
    1. PAKK Salak Tinggi
    1. PAKK Taman Putra Perdana
    8 Kuala Selangor
    1. PAKK Kuala Selangor
    9 Hulu Langat
    1. PAKK Kajang

     

    1. Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK)

    PKKK ditubuhkan di setiap daerah bagi berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan pemulihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah atau masalah sosial. Ahli PKKK dilantik daripada golongan masyarakat setempat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang kanak-kanak. Selain itu, PKKK akan dianggotai oleh Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Perubatan. Mereka akan membantu Jabatan dalam menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pencegahan jenayah dan kerosakan akhlak dalam kalangan kanak-kanak.

     

    1. Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK)

    PPKK ditubuhkan di setiap daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat.

     

     

     

    1. Pusat Peduli Kanak-Kanak Negeri Selangor (PPKKN)

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM400,000 bagi  penubuhan Pusat Peduli Kanak-Kanak Subang Jaya dan Pusat Peduli Kanak-Kanak Hulu Selangor.

    PPKKN ini ditubuhkan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk pelindungan, keselamatan dan integrasi sosial kanak-kanak. Ia menumpukan perhatian kepada kanak-kanak yang memerlukan ruang untuk melakukan aktiviti di samping mengisi masa lapang dengan cara yang positif.

    PPKKN juga merupakan satu institusi alternatif kepada perlindungan kanak-kanak di dalam komuniti.

    1. Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Di Sekolah Sahabat Bijak Sahabat Bijak: Safe & Protect (Sahabat Bijak)

    Kempen ini adalah bagi tujuan:

    • Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak

     

    • Memberi kesedaran kepada ibu bapa/penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak

     

    • Memberi pendedahan literasi undang-kepada semua pihak berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak

     

    • Memberi pendedahan kepada kanak-kanak, ibu bapa/penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang bentuk-bentuk bantuan berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak

     

    JKM Negeri Selangor telah dan akan mengadakan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Di Sekolah Sahabat Bijak Sahabat Bijak: Safe & Protect (Sahabat Bijak) di sekolah-sekolah bagi memberi advokasi kepada kanak-kanak berkenaan hak mereka sebagai kanak-kanak. Program Sahabat Bijak bagi tahun 2019 telah dan akan diadakan di daerah berikut seperti jadual di bawah:

    • Kuala Langat – 21 Ogos 2019
    • Gombak – 5 September 2019
    • Klang – 24 September 2019
    • Petaling – 25 September  2019
    • Sabak Bernam – 30 September 2019
    • Hulu Langat – 30 Oktober 2019
    1. Talian Kasih 15999

     

    Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan satu talian hotline iaitu Talian Kasih 15999 bagi mana-mana pihak membuat sebarang aduan berkenaan penderaan atau masalah sosial berkaitan kanak-kanak pada bila-bila masa.

     

  2. Senaraikan secara terperinci jenayah yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat,

     

    Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor mencatatkan kes jenayah oleh kanak-kanak bagi tahun 2019 (sehingga September) seperti berikut:

    JENIS KESALAHAN 2019

    (SEHINGGA SEPTEMBER)

    Harta-Benda 143
    Dadah 176
    Sabit Manusia 108
    Lalulintas 66
    Senjata 4
    Lari dari Sekolah Diluluskan/Asrama Akhlak/Hunry Gurney/Akta Kesalahan Kecil/Berjudi 41
    Lain-Lain 62
    JUMLAH 600

    Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

  3. Apakah terdapat usaha Kerajaan bagi menangani gejala mengandung anak luar nikah di kalangan remaja?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat,

    Selain daripada program yang dinyatakan di atas bagi menangani isu sosial berkaitan kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pusat perlindungan bagi kanak-kanak mengandung luar nikah sebagai usaha memastikan kanak-kanak dan bayi sentiasa dilindungi. Pusat perlindungan ini menyediakan aktiviti yang sesuai dan dirancang khas untuk para penghuni seperti kelas memasak, kelas menjahit, kelas agama dan perkhidmatan kaunseling.

Lampiran

Tiada Lampiran.