Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
222) BANTUAN BENCANA ALAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai bantuan bencana alam yang kerajaan sediakan untuk mangsa ribut dan banjir yang terjejas?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sumbangan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ribut dan banjir dengan kadar seperti jadual berikut:
BIL. PERKARA KADAR MAKSIMUM (RM) 1. Mangsa Banjir: a. Banjir
b. Banjir Kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)
500.00
250.00
(kadar maksimum setahun)
2. Mangsa Kebakaran: a. Musnah keseluruhan
b. Musnah sebahagian
500.00
250.00
3. Mangsa Tanah Runtuh dan Ribut 500.00 4. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia 1,000.00 -
Apakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan nilai bantuan tersebut?
Kadar bantuan telah dikemaskini selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957, Penubuhan dan Arahan Akaun Amanah dibawah Seksyen 9, Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang telah disahkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2017.
-
Adakah perancangan untuk membuat kajian semula berkenaan dengan menaikkan nilai bantuan?
Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah bantuan kepada mangsa bencana melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor dan akan meneruskan bantuan berdasarkan kadar sedia ada yang telah dikemaskini sehingga 31 Ogos 2017.
Selain itu juga, terdapat agensi-agensi lain yang memberikan wang bantuan kepada mangsa bencana dengan kadar seperti di dalam jadual berikut:
BIL. AGENSI KADAR BANTUAN 1. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) Maksimum RM5,000.00 (rumah musnah akibat bencana)
2. YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) Minimum RM300.00 Maksimum RM1,000.00 – melibatkan kematian termasuk barangan keperluan (hanya untuk mangsa beragama Islam)
3. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) Banjir – Minimum RM100.00 Ribut / Tanah Runtuh – RM300.00
Kebakaran – RM500.00
Maksimum RM5,000.00 (rumah musnah akibat bencana)
4. YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS) RM200.00 untuk seorang anak (anak yang berdaftar dengan TAWAS)