Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

221) SAMPAH HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tanah yang dikenalpasti menjalankan aktiviti sampah haram di Selangor?

    Jumlah tanah yang telah dikenalpasti menjalankan aktiviti sampah haram di setiap daerah dalam Negeri Selangor adalah berjumlah 26 lot tanah untuk tempoh Januari – Oktober 2019. Manakala untuk tahun 2016 sehingga 2019, jumlah tanah yang telah dikenalpasti adalah sejumlah 82 lot tanah yang menjalankan aktiviti sampah haram. (Maklumat lengkap seperti di Lampiran)

     

  2. Dari jumlah itu berapakah pula jumlah yang telah diambil tindakan rampasan tanah?

    Jumlah tindakan Notis 8A (Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan) yang telah dikeluarkan daripada bulan Januari sehingga Oktober 2019 adalah sejumlah dua (2) Notis dan tindakan penyelesaian adalah sedang dalam tindakan. Manakala dari tahun 2016 sehingga tahun 2019, bilangan Notis 8A yang telah dikeluarkan adalah sejumlah tujuh (7) Notis dan tindakan penyelesaian perampasan tanah adalah sejumlah empat (4) kes. (Maklumat lengkap seperti di Lampiran)

Lampiran

Tiada Lampiran.