Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

215) STATUS PROJEK TEBATAN BANJIR JPS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa projek Tebatan Banjir JPS yang belum dapat dilaksanakan atau diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan?

    Untuk makluman, sebanyak 70 projek fizikal telah dirancang di dalam RMK-11. Sebanyak 35 projek telah disiapkan dan 27 projek di dalam peringkat perlaksanaan. Baki 8 projek lagi, sebanyak 4 projek akan di tender pada tahun 2020 dan 4 projek akan dilaksanakan dalam RMK-12 kerana ia melibatkan proses pengambilan balik tanah dan juga peningkatan kos projek yang melebihi siling yang diluluskan.

    Bagi projek di dalam pelaksanaan, sebanyak 6 projek dijangka siap pada tahun 2019. Manakala sebanyak 20 projek dijangka siap pada tahun 2020 dan 1 projek dijangka siap pada tahun 2021.

  2. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-projek infrastruktur tidak keluar daripada jadual masa yang ditetapkan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengeluarkan surat-surat arahan dan pekeliling yang melibatkan tatacara pelaksanaan projek kepada semua Jurutera Daerah (Wakil SO) dan juga melaksanakan mesyuarat berkaitan projek secara berkala bagi memastikan projek-projek infrastruktur tidak keluar daripada jadual masa yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.