Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
205) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan untuk pembangunan Smart Selangor dari tahun 2016 hingga 2019?
Semenjak tahun 2016 sehingga tahun 2019, sebanyak RM 46.2 juta telah dan sedang dibelanjakan bagi perancangan dan pelaksanaan inisiatif Smart Selangor. Jumlah yang disalurkan ini juga merangkumi penyediaan Blueprint dan aktiviti-aktiviti stakeholder engagement.
-
Apakah jumlah ini mencukupi dengan mengambil kira status Selangor sebagai sebuah negeri maju?
Untuk perbandingan, negara Singapura yang dinobat sebagai World’s Smart City telah diperuntukkan sebanyak SGD 2.4 billion pada tahun 2017 untuk pelaksanaan program Smart Nation, walaupun hanya mempunyai populasi berjumlah 5 juta penduduk dan keluasan geografi 11 kali lebih kecil berbanding negeri Selangor.
Oleh yang demikian, jumlah tahunan yang telah diperuntukkan sekiranya diteruskan sehingga ke tahun 2025 adalah tidak mencukupi. Jesteru itu, kita akan terbuka untuk mendapatkan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dengan cadangan model-model pembiayaan baru dengan PBT, agensi Kerajaan, syarikat GLC, syarikat swasta (dalam dan luar negara) dan juga Kerajaan Persekutuan yang membolehkan dana yang lebih besar diperolehi bagi menjayakan program ini yang pasti akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.