Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
164) PERSIAPAN MENGHADAPI BENCANA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang lebih berkesan daripada langkah sedia ada untuk menghadapi bencana alam seperti ribut?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Smart Disaster Management di bawah inisiatif Smart Selangor telah menyediakan Smart Selangor Command Centre (SSCC) yang dioperasikan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) – Menteri Besar (Pemerbadanan) yang sentiasa memantau semua parameter cuaca pada setiap masa. Semua amaran, hebahan dan pemantauan dijalankan melalui Smart Selangor Command Center (SSCC).
-
Berapakah jumlah bantuan yang telah diagihkan kepada mangsa mengikut kaun dan sumber peruntukan yang disalurkan di Sabak Bernam dan Tanjong Karang baru-baru ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, bantuan telah diagihkan kepada 596 mangsa berdasarkan bancian yang telah dibuat oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dan 37 mangsa berdasarkan bancian yang telah dibuat oleh pihak Pejabat Daerah dan Kuala Selangor. Pecahan agihan mengikut kawasan DUN adalah seperti berikut: