Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

152) SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kadar perolehan keuntungan bersih aktiviti-aktiviti syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) bagi tahun 2018?

    Bil Nama Syarikat Keuntungan selepas Cukai

    (Syarikat)

    31/12/2018

    (RM)

    1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 19,021,285
    ANAK SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI
    1 Kumpulan Darul Ehsan Berhad (28,296,000)
    2 Permodalan Negeri Selangor Berhad 963,000
    3 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 2,745,587
    4 Tourism Selangor Sdn Bhd (326,177)
    5 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 5,114,118
    6 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad (509,222)
    7 Communication Corporation Sdn Bhd (370,436)
    8 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (285,154)
    9 Inpen (Selangor) Sdn Bhd 571,635
    10 Invest Selangor Berhad 5,040,896
    11 Rantaian Mesra Sdn Bhd (39,916)
    12 Yayasan Warisan Anak Selangor 76,469
    13 Yayasan Hijrah Selangor 2,406,655
    14 SRM Setia Sdn Bhd 1,612,978
    15 Smartsel Sdn Bhd (2,582,168)
    16 Landasan Lumayan Sdn Bhd (7,443,057)
    17 KDEB Waste Management Sdn Bhd 6,374,662
    18 Darul Ehsan Investment Group Berhad (11,473)
    19 SSDU Innovations Sdn Bhd 193,976
  2. Berapa banyakkah jumlah yang telah disumbang kepada pendapatan kewangan negeri?

    Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Anak Syarikat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, satu tabung amanah telah diwujudkan bagi tujuan tersebut.

     

    Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri dirancang untuk menyumbang sebanyak RM58.65 juta sebagai sumbangan pendapatan Kerajaan Negeri.

     

    Setakat Oktober 2019, sejumlah RM36.55 juta telah disumbangkan. Senarai sumbangan kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

     

    BIL AGENSI JUMLAH SUMBANGAN (RM)
    1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI) 15,000,000.00
    2 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 6,600,000.00
    3 Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) 4,500,000.00
    4 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 5,000,000.00
    5 Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) 500,000.00
    6 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 2,800,000.00
    7 Worldwide Holdings Berhad (WWHB) 1,500,000.00
    8 KDEB Waste Management (KDEBW) 150,000.00
    9 Central Spectrum Sdn Bhd 500,000.00
    JUMLAH (RM) 36,550,000.00
  3. Berapa banyakkah jumlah yang telah disumbang kepada pendapatan kewangan negeri?

    Pengauditan terhadap 2 hingga 3 syarikat GLC dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Selangor (JANNS) dalam tempoh setahun. Sehingga kini, sebanyak 38 syarikat GLC telah diaudit oleh JANNS sejak tahun 2008.

     

    Pengauditan yang dijalankan meliputi aspek Tadbir Urus Korporat, Pengurusan Aktiviti dan Prestasi Kewangan syarikat dengan tujuan untuk menentukan sama ada syarikat telah diurus dan dengan teratur selaras dengan objektif yang ditetapkan. Maklumat lanjut mengenai tiga (3) aspek tersebut adalah seperti berikut :

     

    1. Tadbir Urus Korporat

    Pengauditan tadbir urus korporat dijalankan dengan menilai aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan, Setiausaha Syarikat, Rancangan Korporat/Pelan Strategik/Petunjuk Prestasi Utama, Standard Operating Procedure (SOP), Jawatankuasa Audit, Fungsi Audit Dalaman, Jawatankuasa Imbuhan, Jawatankuasa Pencalonan dan Pengurusan Kewangan.

     

    1. Pengurusan Aktiviti

    Pengauditan bagi pengurusan aktiviti/program dijalankan terhadap aktiviti utama dan sub aktiviti yang dipilih bagi memastikan pengurusan aktiviti/program telah dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berhemat selaras dengan objektif penubuhan syarikat.

     

    1. Prestasi kewangan

    Analisis prestasi kewangan bertujuan menilai prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat bagi tempoh 3 tahun terhadap penyata kewangan beraudit. Penilaian dibuat melalui analisis bajet, analisis pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, analisis asset dan liability serta analisis nisbah kewangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.