Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

147) UJIAN 5G DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor adalah antara 4 negeri yang diberi peluang untuk memulakan ujian 5G di Malaysia. Apakah penglibatan Kerajaan Negeri dalam projek "Fibrerisation" tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor telah membentuk sebuah Jawatankuasa Infrastruktur Digital dengan syarikat-syarikat telekomunikasi. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan melalui  Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, yang dipengerusikan oleh YB Ir. Izham Bin Hashim, SMARTSEL dan SSDU telah dilantik mewakili Kerajaan Negeri Selangor sebagai penasihat teknikal dalam jawatankuasa tersebut. Di antara objektif penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyelaras dan mengkoordinasikan pembangunan  infrastruktur digital di Selangor, termasuklah pelan “Fibrerisation” dan ujian 5G di Malaysia, terutamanya di Negeri Selangor.

  2. Apa jenis projek yang akan diuji di Negeri Selangor dan khasnya di MPSJ, dan manfaatnya kepada rakyat?

    Perincian jenis projek, pemilik projek dan impak adalah berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) (“Presentation-on-5G-Demonstration-Projects.pdf” dan “Press-Release_5G-Malaysia-Demonstration-Projects.pdf” dilampirkan). Rumusan daripada dokumen tersebut, penglibatan Negeri Selangor di dalam ujian 5G adalah terdiri daripada  empat (4) guna kes (use case) iaitu:

    1. Penjagaan Kesihatan Digital
    2. Pendidikan
    • Hiburan dan Media
    1. Bandar Pintar

    Manakala (5) kawasan yang telah ditentukan ialah:

    1. 5G OpenLab @Rekaspace, Cyberjaya
    2. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
    • Subang Jaya (SS15, SS14 dan SS18)
    1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    2. Gamuda Cove, Dengkil

    Pihak Kerajaan Negeri melalui SMARTSEL sedang menjalankan perbincangan dam kajian bersama-sama 5G Openlab di bawah Cyberview Sdn Bhd berkenaan keberkesanan dan daya maju (viability) projek-projek turus 5G terhadap komuniti dan perusahaan di Negeri Selangor. Di antara manfaat yang dapat dinikmati oleh Rakyat Negeri Selangor, melalui ujian 5G termasuklah:

    1. CCTV dan Lampu Trafik pintar yang dirancang untuk melancarkan aliran trafik di bandar-bandar,
    2. Tele-Perubatan Perubatan digital (Telemedicine) yang dicadangkan dapat mempercepat penyampaian perkhidmatan perubatan,
    • Perkhidmatan Virtual/Augmented Reality (VR, AR) dan eKelas yang dirangka akan merangsangkan pembelajaran dan pendidikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.