Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
144) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini pelajar UNISEL mengikut fakulti?
Jumlah terkini pelajar UNISEL mengikut fakulti adalah seperti berikut :
FAKULTI BILANGAN PELAJAR Selangor Business School 26 Pusat Pengajian Asasi & Umum 595 Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Perkomputeran 1773 Fakulti Pendidikan & Sains Sosial 3316 Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat 1500 Fakulti Perniagaan & Perakaunan 4118 JUMLAH 11328 -
Berapakah kos operasi UNISEL setahun berbanding jumlah pendapatan?
Bagi tahun 2018, Jumlah Pendapatan Keseluruhan adalah sebanyak RM111 juta berbanding Kos Operasi berjumlah RM109 juta.