Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
119) PELABURAN ASING
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan program,usaha yang telah dilakukan bertujuan mempromosikan Negeri Selangor diluar negara dalam usaha menarik pelabur?
Antara program, usaha yang telah dilakukan bertujuan mempromosikan Negeri Selangor di luar negara dalam usaha menarik pelaburan bagi tahun 2019 adalah seperti berikut;-
Bil. Program Tarikh 1. Misi Promosi Penggalakkan ke Hong Kong 20 – 22 Jan 2019 2. Misi Promosi Pelaburan dan Lawatan Kerja Ke Pameran Gulfood Dubai 9 – 13 February 2019 3. Misi Promosi Penggalakkan ke Taipei, Taiwan 24 – 29 Mac 2019 4. Annual Investment Meeting 2019 (AIM) Di Dubai 7 – 10 April 2019 5. Lawatan Kerja Teknikal ke Korea Selatan 28 April – 4 Mei 2019 6. Pameran Antarabangsa ICT HKTDC (HKTDC International ICT Expo), Hong Kong 14 – 16 April 2019 7. Korea Cosmetic Ingredient & Technology Exhibition, Kintex, Goyang-Si, Korea (The CI Korea 2019) 15 – 20 April 2019 8. Misi Penggalakkan Pelaburan Ke Jepun (The World Food & Beverage Great Expo / Premium Food Show 2019), Tokyo, Jepun 15 – 20 April 2019 9. Misi Penggalakan Pelaburan Dan Penglibatan Booth Selangor Pada Program Hofex, Hong Kong 6 – 10 Mei 2019 10. Misi Promosi Selangor ASEAN Business Conference 2019 (SABC) di Jakarta Indonesia. 5 – 9 Mei 2019 11. Misi Promosi Selangor International Business Summit 2019 ke Vietnam and Filipina 21 – 25 Mei 2019 12. Lawatan ke Airbus dan Perasmian Smart Radome Workshop 10 Jun 2019 13. Misi Promosi Selangor International Business Summit 2019 ke Jakarta 26 – 29 Jun 2019 14. Misi Penggalakkan Pelaburan ke Perancis dan United Kingdom dan Penyertaan di International Paris Airshow 2019 15 – 28 Jun 2019 15. Misi Penggalakan Pelaburan Ke Korea Sempena Halal Trade Expo Korea 27 Julai – 3 Ogos 2019 16. Misi Promosi Penggalakan Pelaburan Ke China (Chongqing, Shenzhen & Qingdao) 24 Ogos – 6 Jun 2019 -
Nyatakan jumlah kos yang digunakan oleh INVEST SELANGOR sepanjang usaha mencari pelabur sehingga September 2019?
Jumlah kos yang digunakan oleh Invest Selangor sepanjang usaha mencari pelabur sehingga September 2019 adalah sebanyak RM 12,007,917.27 yang mana kos ini merangkumi pelbagai program seperti misi penggalakkan pelaburan ke luar Negara, sesi dialog, libat urus (engagement), penganjuran dan penyertaan pameran dalam dan luar negara serta penerbitan bahan promosi.
-
Nyatakan jumlah pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk tahun 2019?
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, jumlah modal pelaburan yang melibatkan pelabur asing dalam projek – projek perkilangan yang diluluskan di Selangor adalah sebanyak RM 3,815,659,559 (RM 3.82 bilion)
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA