Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
114) KADAR PERTUMBUHAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sampah pukal (ton) dikutip oleh KDEB pada tahun 2019 (sehingga bulan Jun) mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?
Secara dasarnya pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang berkualiti adalah memerlukan perbelanjaan yang besar dan sukar dikurangkan lebih-lebih lagi PBT Negeri Selangor telah menerima pertumbuhan bandar yang pesat, pertumbuhan kawasan perumahan yang tinggi, penambahan bilangan penduduk, penggunaan teknologi baru dalam pengurusan sampah dan peningkatan kos operasi sejajar dengan pertumbuhan ekonomi.
Walau bagaimanapun, usaha untuk mengurangkan kos pelupusan sampah boleh dicapai melalui pengurangan jumlah sampah yang dihasilkan dan dihantar ke tapak pelupusan sampah di mana secara tidak langsung ia boleh mengawal kos pelupusan sampah oleh PBT. Sehubungan dengan itu, kaedah terbaik dalam mengurangkan sampah adalah melalui program pengasingan sisa pepejal di peringkat punca dan menggiatkan program kesedaran kitar semula supaya program ini dapat dilaksanakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan PBT supaya memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti yang berasakan kitar semula antaranya seperti:-
1) Melaksanakan kempen kesedaran berkenaan pengasingan sisa dan memperkenalkan sistem pengasingan sisa isi rumah di peringkat komuniti penduduk;
2) Menjalankan aktiviti kitar semula dengan mengadakan program 3R (Reduce, Reuse and Recycle) di peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat dalaman PBT;
3) Program kitar semula pakaian terpakai;
4) Program kitar semula e-Waste;
5) Menyediakan kemudahan pusat kitar semula dan tong pengumpulan bahan kitar semula berpusat;
6) Memperkenalkan sistem kutipan bahan kitar semula secara terus dari rumah penduduk; dan
7) Program pengkomposan sisa yang dihasilkan dari sisa medan selera / premis makanan.
Selain itu, bagi pelan jangka panjang dalam pelupusan sampah di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) akan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC). Justeru, sebuah Loji Waste to Energy (WTE) akan dibangunkan oleh WHB. Dengan adanya Teknologi ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah sampah pukal (ton) dikutip oleh KDEB pada tahun 2019 (sehingga bulan Jun) mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?
Bagi bulan Januari 2019 sehingga Jun 2019, KDEB Waste Management (KDEBWM) telah menguruskan kutipan sampah domestik di sepuluh (10) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kecuali di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Secara keseluruhannya KDEBWM telah melupuskan sejumlah 633,921.32 tan sampah domestik di tapak pelupusan sampah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merupakan PBT yang mencatatkan penjanaan jumlah sampah domestik tertinggi iaitu 117,545.23 tan dari bulan Januari hingga Jun 2019 manakala Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) merupakan PBT yang mencatatkan penjanaan sampah terendah iaitu sebanyak 12,249.70 tan untuk tempoh yang sama.
Data jumlah sampah domestik bagi semua PBT ini (kecuali Majlis Perbandaran Selayang) diperolehi dari sistem E-World yang dikendalikan oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Bagi Majlis Perbandaran Selayang (MPS), data jumlah sampah adalah dari KUB Berjaya Enviro Sdn. Bhd. yang mengendalikan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar. Pecahan terperinci jumlah sampah domestik mengikut PBT bagi bulan Januari 2019 hingga Jun 2019 adalah seperti berikut:
Jumlah Sampah Domestik Mengikut PBT dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019
BULAN MPK (Tan)
MPAJ (Tan)
MPS (Tan)
MDKL (Tan)
MPKj (Tan)
MBPJ (Tan)
MPSp (Tan)
MDSB (Tan)
MPSJ (Tan)
MDKS (Tan)
JAN 17,314.33 11072.59 15,069.83 3,212.00 20,398.36 13,762.29 6,777.39 1,797.39 16,229.88 3,446.94 FEB 15,747.42 10,780.83 12,725.80 3,165.00 18,224.15 12,357.76 6,113.30 1,618.78 15,028.45 3,177.45 MAC 15,995.39 11,576.33 13,141.42 3,554.00 19,197.81 13,033.15 6,725.75 1,629.24 16,846.16 2,960.00 APR 15,985.73 11,992.74 13393.72 3,883.00 19,380.70 13,053.81 7,040.26 3,260.06 16,364.38 1,589.88 MEI 16,522.50 12,699.42 13,900.94 4,082.00 20,955.59 13,441.37 7,636.71 2,021.49 16,141.88 3,481.83 JUN 15,560.23 11,232.44 13,409.48 3,690.00 19,388.62 12,490.30 7,129.70 1,922.74 16,317.90 3,272.71 JUMLAH KESELURUHAN 97,125.60 69,354.35 81,641.19 21,586.00 117,545.23 78,138.68 41,423.11 12,249.70 96,928.65 17,928.81 Bagi tempoh dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019, jumlah sampah pukal yang telah dilupuskan ke tapak pelupusan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 144,102.06 tan. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencatatkan jumlah sampah pukal tertinggi iaitu sebanyak 42,080.47 tan manakala Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mencatatkan jumlah sampah pukal terendah iaitu hanya sebanyak 841.82 tan untuk tempoh dari bulan Januari hingga Jun 2019. Data jumlah sampah pukal bagi semua PBT ini (kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor ) diperolehi dari sistem E-World yang dikendalikan oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Bagi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), sebahagian data jumlah sampah adalah dari MDHS yang mengendalikan sendiri Tapak Pelupusan di Sungai Sabai manakala sebahagian data lagi adalah dari KUB Berjaya Enviro Sdn. Bhd yang mengendalikan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar. Pecahan terperinci jumlah sampah pukal mengikut PBT bagi bulan Januari 2019 hingga Jun 2019 adalah seperti berikut:
Jumlah Sampah Pukal Mengikut PBT dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019
BULAN MPK (Tan)
MPAJ (Tan)
MPS (Tan)
MDKL (Tan)
MPKj (Tan)
MBPJ (Tan)
MPSp (Tan)
MDHS (Tan)
MDSB (Tan)
MPSJ (Tan)
MDKS (Tan)
JAN 3,446.94 2818.19 3,902.49 447 7,950.65 2,364.80 682.1 1,073.43 92.31 4,255.33 MASIH DI BAWAH MDKS FEB 3,075.33 2,587.75 3,625.60 347 7,032.15 2,212.31 610.27 848.88 180.58 2,132.00 MAC 3,264.12 1,238.01 4,225.32 433 7,319.26 2,246.69 609.8 836.13 148.9 2,484.63 465.98 APR 3,294.25 3,148.52 4,095.47 498 7,352.40 2,323.19 741.08 1,050.79 164.97 3,862.35 436.52 MEI 3,220.29 2,935.19 3,902.35 419 6,548.00 2.096.70 597.74 720.94 131.66 4,245.55 354.65 JUN 2,978.19 2,592.11 3,460.92 372 5,878.01 2,368.41 563.71 577.92 123.4 2,262.43 391.08 JUMLAH KESELURUHAN 19,279.12 15,319.77 23,212.15 2,516.00 42,080.47 11,515.40 3,804.70 5,108.09 841.82 19,242.29 1,182.25