Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

111) PENCEMARAN SUNGAI DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes pencemaran sungai pada tahun 2015-2019?

    Jumlah kes pencemaran sungai pada tahun 2015-2019 berdasarkan Kes Kecemasan Pencemaran Sumber Air adalah seperti berikut:

     

    TAHUN BILANGAN KES
    2015 19
    2016 19
    2017 38
    2018 69
    2019 (sehingga Oktober) 56

     

  2. Dimanakah kawasan dan lokasi yang kerap berlaku pencemaran sungai serta apakah punca pencemaran tersebut?

    Berdasarkan indeks kualiti air, secara keseluruhannya, kualiti air di lembangan-lembangan sungai utama masih berada di dalam keadaan baik iaitu pada Kelas II dan III. Berikut adalah status kualiti air sungai-sungai utama di Selangor berdasarkan pemantauan kualiti air di Loji Pembersihan Air (LPA) oleh Air Selangor Sdn Bhd sehingga Julai 2019 :

     

     

     

     

    NAMA SUNGAI NAMA LPA INDEKS KUALITI AIR (IKA) KELAS
    Sungai Selangor Rasa 90.9 II
    Rantau Panjang 79.0 II
    SSP1 75.2 III
    SSP2 82.2 II
    SSP3 80.8 II
    Sungai Bernam Bernam River Headworks (BRH) 86.9 II
    Sungai Selisek 88.0 II
    Sungai Langat Sungai Langat 85.7 II
    Cheras Batu 11 75.0 III
    Bukit Tampoi 68.4 III
    Sungai Semenyih Sungai Semenyih 74.6 III

     

    Berdasarkan bacaan IKA di LPA-LPA ini, berikut adalah purata kelas sungai-sungai utama :

     

    1. Sungai Selangor : 81.6 (Kelas II)
    2. Sungai Bernam : 87.5 (Kelas II)
    • Sungai Langat : 76.4 (Kelas III)
    1. Sungai Semenyih : 74.6 (Kelas III)

     

    # Status kualiti air sungai juga boleh dirujuk berdasarkan bacaan IKA di bawah Program Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.

     

    # Rujukan Kelas Sungai adalah seperti di LAMPIRAN.

     

  3. Apakah tindakan dan usaha Kerajaan dalam memastikan pencemaran sungai ini dikawal?

    Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.

     

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan semua 7 empangan di Negeri Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. Selain itu, sejumlah 413 (40%) daripada jumlah keseluruhan 1026 batang sungai kini turut telah melalui proses pewartaan di bawah peruntukan yang sama. Tujuan pewartaan ini adalah untuk melindungi sungai dan rizab sungai daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

     

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui LUAS dan Pengurusan Air Selangor juga telah membangunkan beberapa stesen telemetri kualiti air di hulu dari muka sauk sebagai sistem amaran awal /early warning system kepada muka sauk bekalan air jika berlakunya pencemaran di hulu.

     

    Kerajaan Negeri melalui LUAS telah menubuhkan Jawatankuasa Pemuliharaan Sungai-sungai Negeri Selangor yang dipengerusikan YB. EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi mempergiatkan usaha dan menggalakkan penglibatan  agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Selangor.

     

    Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Lembaga bersama agensi berkaitan bagi memastikan sumber air dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.

     

    Penguatkuasaan bersepadu dan tindakan perundangan tegas turut sentiasa dilaksanakan antaranya siasatan, notis dan pengeluaran kompaun termasuk pendakwaan di mahkamah.

     

     

     

    Maklumat tambahan:

     

    Selain itu, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan bagi isu-isu pencemaran lain melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:

     

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh YB EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam;

     

    1. Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan

     

    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

     

     

    LAMPIRAN

     

    KELAS SUNGAI

     

    KELAS IKA KLASIFIKASI / KEGUNAAN AIR
    I > 92.7 Sangat Baik.

    Sumber Air I : Tidak memerlukan sebarang rawatan.

    Perikanan I : Untuk spesis akuatik yang sangat sensitif.

     

    II 76.5 –  92.7 Baik.

    Sumber Air II : Air memerlukan rawatan konvensional.

    Perikanan II : Untuk spesis akuatik yang sensitif.

     

    III 51.9 – 76.5 Sederhana.

    Sumber Air III : Air memerlukan rawatan intensif.

    Perikanan III : Umum, aktiviti nilai ekonomi, penternakan haiwan.

     

    IV 31.0 – 51.9 Tercemar.

    Sesuai untuk pengairan.

     

    V <31.0 Sangat Tercemar.

    Air tidak sesuai untuk sebarang aktiviti di atas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.