Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

98) KACAU GANGGU DI KAWASAN AWAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kacau ganggu yang dilakukan minum arak di tempat awam? Terutamanya di kawasan lapang.

    Dalam usaha untuk mengatasi kacau ganggu di tempat awam berlaku, Pihak Berkuasa Tempatan mengambil langkah dengan menjalankan rondaan pemantauan di lokasi-lokasi tempat awam dan jika terdapat berlaku kacau ganggu akibat mabuk, anggota akan melaporkan kepada pihak PDRM untuk tindakan.

    Selain itu, pihak kerajaan Negeri  juga telah menetapkan satu garis panduan  penjualan minuman keras yang diguna pakai di setiap PBT seperti mensyaratkan  peniaga meletakkan papan tanda larangan  menjual minuman terhadap pembeli di bawah  umur 18 tahun  dan menetapkan jarak  operasi premis  perniagaan  minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan.

  2. Adalah kerajaan mempertimbangkan untuk larangan minum arak di tempat awam tengah malam?

    Kerajaan tidak pernah mewujudkan peraturan atau larangan untuk meminum arak di tempat awam seperti yang diwujudkan bagi larangan merokok. Jadi ia agak sukar dilaksanakan kecuali ada peruntukan undang-undang yang khusus mengenainya di peringkat persekutuan atau negeri. Walau bagaimanapun, PBT mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras mengikut waktu yang dibenarkan iaitu sehingga 09:00 malam dan mensyaratkan peniaga untuk memastikan  pelanggan tidak minum  minuman keras di depan premis  dan di tempat terbuka.

Lampiran

Tiada Lampiran.