Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
94) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan pendapatan Yayasan Selangor untuk tempoh 5 tahun sejak 2014 sehingga kini.
Pendapatan Yayasan Selangor(YS) untuk tempoh 5 tahun (2014-2018)
TAHUN
2014 (RM’juta)
2015 (RM’juta)
2016 (RM’juta)
2017 (RM’juta)
2018 (RM’juta)
PENDAPATAN 18.84 23.80 16.14 29.83 24.89 -
Apakah punca permasalahan tersebut, dan apakah cadangan pihak pengurusan Yayasan untuk meningkatkan pendapatan Yayasan Selangor?
Pendapatan utama Yayasan Selangor (YS) adalah daripada hasil penyewaan bangunan/premis, sewa pajak dan pendapatan usahasama-perladangan. Pada tahun 2019, YS telah menandatangani beberapa perjanjian pembangunan usahasama. Di samping itu, pengurusan YS sedang mengkaji dan menyediakan perancangan terbaru untuk meningkatkan pendapatan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor November ini