Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
70) GOLONGAN B40
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keluarga dalam golongan sasar B40 yang telah berdaftar dengan E-KASIH.
Jumlah pendaftaran ke dalam sistem eKasih bagi golongan sasar B40 iaitu yang berpendapatan isi rumah RM3,860 dan ke bawah adalah seramai 38,361 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat 15 Oktober 2019.
-
Senaraikan program IPR yang boleh dimohon untuk golongan B40 dan M40 selepas pensejajaran semula oleh Kerajaan Negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat Semenyih, Program IPR merupakan program jangka panjang yang bersifat holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan semata-mata, tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah B40 dan M40.
Berikut adalah program-program IPR yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 bagi membantu menaikkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka:
BIL. PROGRAM KELAYAKAN PEMOHON (B40 / M40) 1 Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) B40 2 Skim Air Darul Ehsan B40 3 Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) B40 4 Bantuan Bina dan Baiki Rumah B40 5 Program Jom Shopping B40 6 Skim Peduli Sihat B40 7 Bantuan Sihat Selangor B40 8 Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) B40 / M40 9 Program Tuisyen Rakyat Selangor B40 10 Hadiah Pengajian IPT B40 / M40 11 Dana Usahawan Mikro Selangor B40 12 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan B40 13 Skim Rumah Selangorku M40 / Umum (kelayakan tidak melebihi RM10,000/isi rumah)
14 Skim Smart Sewa B40 / Umum (kelayakan tidak melebihi RM5,000/isi rumah)
Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat sama ada dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan yang boleh dimohon oleh golongan B40 dan M40. Program-program penjanaan pendapatan rakyat ini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Kerajaan negeri akan terus melakukan penambahbaikan terhadap program sedia ada dan merangka program-program baharu yang bersesuaian dan menepati keperluan semua lapisan masyarakat di Selangor, sesuai dengan gagasan Maju Bersama.