Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
59) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila jelaskan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Selangor. Adakah pelantikan tersebut mengikut perlembagaan syarikat?
Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah mengikut perlembagaan syarikat dan diluluskan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor yang bersidang pada tarikh 4 Julai
-
Sila jelaskan pendapatan yang diperuntukkan kepada CEO Yayasan Selangor
Berdasarkan para 24, Memorandum And Articles of Association of Yayasan Selangor, 26thJune 2003, memberi kuasa kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk melantik dan menentukan emolumen pegawai ke perkhidmatan di Yayasan Selangor.
-
Sila jelaskan status kewangan Yayasan Selangor dan status peruntukan yang diberi untuk tujuan pendidikan.
Status kewangan Yayasan Selangor (YS) berada dalam keadaan boleh terus beroperasi (going concern). Peruntukan pendidikan mencatatkan 51.24% daripada jumlah pendapatan Yayasan Selangor.