Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
52) PRODUKTIVITI PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan peningkatan produktiviti dan hasil pertanian serta pendapatan para petani dan pekebun kecil?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa membantu dari segi keperluan input, peralatan dan khidmat nasihat kepada golongan petani bagi meningkatkan pendapatan mereka. Pelbagai program dilaksanakan termasuk pembangunan industri padi, kelapa, sayur, buah, cendawan, herba, madu dan tanaman hiasan. Kerajaan Negeri turut mengenalpasti produk pertanian yang memberi pulangan tinggi seperti tanaman roselle, lemon myrtle, nanas MD2, halia Bentong dan melon bernilai tinggi.
-
Apakah tanaman dan produk pertanian utama yang menjadi fokus pembangunan pertanian di Daerah Kuala Selangor serta jumlah pengeluaran dan pendapatannya?
Tanaman dan produk utama yang menjadi fokus pembangunan pertanian di Daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut:
- Tanaman buah dan sayur
JENIS TANAMAN PENGELUARAN (kg)
NILAI PENGELUARAN (RM)
PURATA PENDAPATAN
PETANI/BULAN
(RM)
KASAR BERSIH KASAR BERSIH Rock Melon (Fertigasi) 305,435.0 1,147,198.2 774,448.2 9,559.98 6,453.74 Cendawan Tiram 223,816.7 1,891,532.5 888,552.5 15,762.77 7,404.6 Cili (Fertigasi) 106,129.0 298,037.0 199,718.0 2,257.86 1,513.02 - Tanaman padi
JENIS TANAMAN PENGELUARAN (tan)
PURATA HASIL (tan/ha/musim)
PURATA PENDAPATAN KASAR (petani/bulan/ha)
RM
Padi (Kawasan Sawah Sempadan) 21,831.28 4.27 1,110.20 Padi (Kawasan Sungai Burong) 36,932.37 5.62 1,461.20