Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
38) MASJID PENGURUSAN JAIS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat perlaksanaan pentadbiran masjid yang diletakkan di bawah pengurusan JAIS?
Matlamat pelaksanaan pentadbiran masjid yang diletakkan di bawah pengurusan JAIS adalah untuk mewujudkan tadbir urus yang baik dan memaksimakan fungsi ibadah, dakwah, pendidikan dan Social Responsibility Concern (SRC) di masjid, selaras dengan hasrat DYMM Tuanku dan MAIS.
-
Apakah perlaksanaan perkara tersebut tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada?
Tidak.
-
Adakah benar pemilihan masjid untuk diurus pentadbiran oleh JAIS hanya membabitkan masjid berdana tinggi kadarnya?
Semua proses dibuat mengikut undang-undang berdasarkan seksyen 104(3) (berhubung penubuhan jawatankuasa pengurusan masjid) dan diwartakan dibawah seksyen 105 (pewartaan) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor dan diperkenankan oleh DYMM Tuanku.
Tidak.