Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

12) ZERO TO HERO

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peserta dalam program '' zero to hero'' seperti pinjaman bermusim,program inkubator dan smart partnership.

    Jumlah perserta Zero to Hero sejak tahun 2016 sehingga Ogos 2019 adalah 676 orang.

     

  2. Apakah kenerkesanan program ini kepada peserta dan sumbangan kepada hasil Kerajaan Negeri?

    Pihak Hijrah Selangor belum membuat kajian khusus berkenaan keberkesanan program ini. Walaubagaimanapun berdasarkan pemantauan Hijrah Selangor dan Syarikat Peneraju mendapati :

     

    i) Daripada 676 peserta Zero to Hero, seramai 594 orang telah memperolehi  peningkatan pendapatan melalui perniagaan yang dijalankan, manakala baki 82 orang masih didalam tempoh bimbingan.

    ii) Peningkatan taraf hidup juga dapat diukur melalui peningkatan perniagaan, mobility social dan kualiti kehidupan peminjam. Daripada 676 orang peserta Zero to Hero, seramai 549 peserta aktif telah mempunyai pekerjaan sendiri.

    Sumbangan Program ini kepada pertumbuhan ekonomi negeri adalah seperti berikut :

    i) Mewujudkan benyak peluang pekerjaan dan membantu mengurangkan pengangguran serta meningkatkan taraf hidup masyarakat. Contoh success story, antara Anchor Company yang Berjaya ialah Tini’s Spa yang telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada usahawan seramai 81 peserta dengan jumlah pinjaman sebanyak RM370,000.00.

    ii) Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui pengeluaran produk-produk tempatan dan membantu sector pelancongan.

    iii)        Membantu golongan sasar seperti ibu tunggal, asnaf, belia dan sebagainya untuk meningkatkan taraf hidup. Contohnya bagi kategori ibu tunggal, hasil kajian daripada pihak KUIS pada Jun 2019 berkaitan tahap dan indeks keberkesanan program mikrokredit terhadap pemberdayaan ibu tunggal di Negeri Selangor didapati terdapat peningkatan purata pendapatan sebanyak 19% selepas menyertai Hijrah Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.