Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

202) PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini kewangan Kerajaan Negeri Selangor.

    Status terkini kewangan Kerajaan Negeri Selangor sehingga 30 September 2019 adalah baik di mana masih terdapat lebihan keseluruhan kewangan semasa sebanyak RM52.01 juta dan Kumpulan Wang Disatukan Negeri adalah berjumlah RM2,240.66 juta.  Kumpulang Wang Disatukan ini adalah terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM828.79 juta, Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM1,401.78 juta dan Akaun Pinjaman Disatukan sebanyak RM10.09 juta

     

    Prestasi kewangan terkini Kumpulan Wang Disatukan pada 30 September 2019 mencatatkan peningkatan sebanyak 4.93 peratus kepada RM2,240.66 juta berbanding RM2,135.37 juta pada tahun 2018.

  2. Hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.

    Hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan

    Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 30 September 2019 adalah berjumlah RM1,108.06 juta.

    Perinciannya adalah seperti berikut:

    • Projek Bekalan Air : RM1,082.41 juta;
    • Skim Amanah Saham Selangor : RM8.43 juta; dan
    • Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM17.22 juta.
  3. Apakah projek-projek yang telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan ICU?

    Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) tiada peruntukan khusus bagi melaksanakan projek-projek. Namun, Kerajaan Persekutuan komited dalam memastikan pembangunan yang inklusif di Negeri Selangor. Dengan itu, PPNS bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan bagi peruntukan Khas oleh YAB Perdana Menteri, Projek Mesra Rakyat (PMR) dan projek-projek kecil di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

    Bagi tahun 2019 peruntukan yang disalurkan kepada PPNS adalah seperti berikut:

    Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri: 7 projek (RM1,517,700.00) – Antaranya membaikpulih sekolah, surau/ masjid dan prasarana awam.Peruntukan PMR (Fizikal): 1,057 projek (RM33,722,246.67) – Antaranya projek kecil berimpak tinggi yang memberi manfaat segera kepada rakyat di kawasan Parlimen seperti membina/menaiktaraf infrastuktur kecil, projek bekalan air/elektrik/pembentungan dan lain-lain.

    • Peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi: 38 projek (RM10,297,000.00) – Antaranya membaikpulih sekolah, surau/ masjid dan prasarana awam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.