Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
197) BANTUAN PERNIAGAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh mana keberkesanan program galakan barangan eksport untuk para perniaga di Selangor?
Dalam usaha membantu syarikat IKS di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah menyediakan medium atau platform yang boleh membantu usahawan-usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan dan pasaran ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan usahawan-usahawan tempatan dalam pameran yang diadakan di dalam dan luar negara seperti program Selangor International Business Summit, Penang International Halal Expo 2019, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2019, The world Food & Beverage Great EXPO/ Premium Food Show 2019 Japan, HOFEX Hong Kong 2019, SIAL Jakarta 2019 dan lain-lain di mana sebahagian kos ditanggung oleh Kerajaan Negeri melalui peruntukkan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan IKS Negeri Selangor.
Di samping penyertaan dalam pameran yang diadakan, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga turut membantu pihak syarikat untuk mengadakan pertemuan “Business Matching” bersama “Potential Buyers” sewaktu penyertaan di dalam program-program pameran di peringkat antarabangsa.
Penyertaan di dalam program MIHAS 2019 adalah merupakan satu kejayaan besar yang telah dicapai oleh pihak Invest Selangor dalam membantu IKS di Negeri Selangor mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka. Sebanyak 35 buah syarikat IKS telah terlibat didalam Pavilion Selangor pada MIHAS 2019 ini.
-
Senaraikan peserta di bawah program Kerajaan Negeri dan jenis barangan yang telah berjaya dieksport ke luar negara?
Berdasarkan soal selidik yang telah dibuat sebanyak RM1,914,680.00 hasil jualan telah dicatatkan oleh syarikat IKS yang terlibat di dalam Pavilion Selangor ini. Beberapa buah syarikat IKS tersebut telah berjaya mendapat “enquiry” dan “closed deal” bersama pihak pembeli yang terdiri daripada syarikat luar negara dan juga pasaraya.
- Senarai peserta di bawah program Kerajaan Negeri dan jenis barangan yang telah berjaya di eksport ke luar negara seperti berikut;-
BIL SYARIKAT JENIS PRODUK 1. BGR FOODSERVICES SDN BHD Pes masakan 2. DOLUVO SDN BHD (SAY) Ice Bars / Ice cream 3. HP ARTISAN SDN BHD Produk makanan sejuk beku berasaskan durian 4. MAD ABOUT CAKE SDN BHD Biskut dan Kek 5. GT SPICE MANUFACTURERS SDN BHD Makanan Ringan (Muruku) dan Rempah Ratus 6. GRAMP’S ASIA (UNIQ MANUFACTURING SDN BHD) Air cleaner 7. KOLAM EMAS SDN BHD Kek dan Biskut 8. SAJIAN MASDAR SDN BHD Pes Makanan & Sambal 9. SR AVENUE SDN BHD Kek Buah & Waffles
10. PALM FIBER SDN.BHD. Minuman Kesihatan (Fiber Tea) 11. EL- HAJJ PRODUCTS SDN BHD Produk kosmetik dan pembersihan muka 12. KWF FOOD INDUSTRIES SDN BHD Produk minuman teh dan kopi 13. LAYAR SERI RESOURCES SDN BHD Seaweed snacks 14. QSR BRANDS (M) HOLDINGS BHD Produk makanan sejuk beku 15. HIZS RESOURCES Perusahaan Cili Boh 16. SINAR ARZA ENTERPRISE Memproses Kerepek Dan Aneka Biskut 17. BINARICH ENTERPRISE Snek Beras Pulut Rangup 18. SAMZA FOOD INDUSTRIES Sambal Hijau