Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

193) AIR PERCUMA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2019 hingga Mac 2020?

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1,812,421,674.67 bagi menampung pembiayaan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu semenjak Jun 2008 hingga Ogos 2019 dan sejumlah 1.6 juta penduduk Negeri Selangor mendapat manfaat di bawah Program ini.

    Apabila Skim Air Darul Ehsan dilaksanakan, penduduk Negeri Selangor yang mendapat manfaat akan berkurang dari 1.6 juta kepada 700,000 akaun. Jumlah pembiayaan Kerajaan Negeri dianggarkan sebanyak RM96 juta setahun (bersamaan dengan anggaran RM8 juta sebulan) berbanding RM180 juta (bersamaan dengan anggaran RM15 juta sebulan) di bawah Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebelum ini.

  2. Apakah sebab utama Skim Air Percuma ditukar kepada Skim Air Darul Ehsan yang baru?

    Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu ini dijenamakan semula sebagai Skim Air Darul Ehsan untuk memastikan penyaluran subsidi yang lebih fokus kepada golongan sasar khususnya kepada golongan berpendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000 di seluruh Selangor dalam usaha untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan ini.  Ia juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kerana di bawah Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu, semua pengguna air di Negeri Selangor tanpa mengira pendapatan menikmati air percuma ini.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.