Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
191) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini projek belum siap dan dalam perancangan keseluruhan unit Rumah Selangorku sehingga September 2019 mengikut daerah.
- Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhan sebanyak 239 projek (106,895 unit) Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN) masih belum disiapkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 61 projek (22,255 unit) Rumah Selangorku kini sedang dibina dan sebanyak 178 projek (84,640 unit) Rumah Selangorku lagi masih dalam perancangan. Perincian statistik mengikut daerah adalah seperti berikut:-
STATUS BIL PROJEK
JENIS RUMAH SELANGORKU JUMLAH A B C D E A.PEMBINAAN 61 881 3,264 8,309 9,820 0 22,255 Gombak 5 – 90 756 889 – 1,735 Hulu Langat 9 228 849 560 505 – 2,142 Hulu Selangor 4 – – – 371 – 371 Klang 5 84 85 459 1,060 – 1,688 Kuala Langat 7 150 300 1,312 669 – 2,412 Kuala Selangor 8 140 120 1,175 380 – 1,815 Petaling 9 – 1140 2,020 1,556 – 4,716 Sabak Bernam 1 – – 41 54 – 95 Sepang 13 279 680 1,986 4,336 – 7,281 B.PERANCANGAN 178 10,194 18243 30,198 23,424 2,796 84,640 Gombak 29 2,454 3055 6,722 3,184 45 15,245 Hulu Langat 41 1,748 5572 6,810 3,791 2751 20,672 Hulu Selangor 6 – 78 625 632 – 1,335 Klang 17 1,238 2245 4,356 4,224 – 12,063 Kuala Langat 10 336 1158 1,415 1,340 – 4,249 Kuala Selangor 15 159 1127 1,815 1,313 – 4,414 Petaling 35 3,073 2746 4,592 5,382 – 15,793 Sabak Bernam 2 – – – 124 – 124 Sepang 23 1,186 2262 3,863 3,434 – 10,745 JUMLAH (A+B) 239 11,075 21,507 38,507 33,244 2,796 106,895 -
Berapakah jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya adalah seramai 27,159 pemohon (25%) dan jumlah pemohon yang tidak layak dan menolak tawaran adalah seramai 25,419 pemohon (23%). Manakala jumlah pemohon yang masih aktif dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku (SPPR) bagi pemohon yang belum berjaya ditawarkan atau status senarai menunggu adalah 56,782 pemohon (52%).