Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
162) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah lesen PHK yang telah diluluskan mengikut PBT dari 2017-2019?
- Jumlah lesen PHK yang telah diluluskan mengikut PBT dari 2017-2019 adalah sebanyak 575 lesen. Berikut adalah perincian jumlah lesen yang telah diluluskan mengikut PBT masing-masing :
PBT PUSAT HIBURAN KELUARGA 2017 2018 2019 MBSA 9 5 6 MBPJ 10 14 34 MPK 68 72 66 MPAJ 7 12 17 MPSJ 25 24 21 MPS 6 6 11 MPKj 18 20 17 MPSp 3 3 6 MDKL 4 1 2 MDHS 7 13 9 MDKS 1 2 1 MDSB 19 19 17 JUMLAH 177 191 207 Nota : Sumber dari PBT
-
Apakah mekanisma yang diambil bagi memastikan pelesen-pelesen PHK ini tidak menyalahgunakan lesen tersebut untuk aktiviti haram seperti judi haram?
Antara kaedah kawalan dan mekanisma bagi memastikan pelesen-pelesen PHK tidak menyalahgunakan lesen tersebut antaranya perlu memperolehi ulasan daripada PDRM semasa proses permohonan serta pemantauan akan dijalankan bagi memastikan premis beroperasi berdasarkan kelulusan yang telah dikeluarkan. Selain daripada itu laporan atau tindakan yang diambil oleh pihak PDRM juga akan dijadikan sebagai asas kepada pihak majlis bagi melaksanakan sesuatu tindakan termasuk tindakan pembatalan lesen.
-
Apakah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu lesen PHK itu diluluskan?
Aktiviti perniagaan Pusat Hiburan Keluarga (PHK) adalah dibenarkan pada premis pusat membeli-belah dan pasaraya sahaja. Selain itu, cagaran juga dikenakan bagi memastikan pematuhan syarat-syarat lesen. Perkara ini selaras dengan surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pembangunan Kerajaan Tempatan) PBT: KT Bil.3/2001 : Dasar dan Garis Panduan Pemberian Lesen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan di Kawasan Pentadbiran Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.