Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
161) KES MAHKAMAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kes mahkamah yang masih aktif dan sedang berjalan melibatkan Kerajaan Negeri Selangor.
Senarai semua kes mahkamah yang masih aktif dan sedang berjalan adalah seperti di Lampiran A.
Berikut adalah jumlah kes aktif dan sedang berjalan mengikut pelbagai peringkat mahkamah :-
MAHKAMAH BILANGAN KES Mahkamah Persekutuan 16 Mahkamah Rayuan 108 Mahkamah Tinggi 215 Mahkamah Sesyen 3 Mahkamah Majistret 4 JUMLAH 346 Untuk makluman Yang Berhormat, kes-kes aktif ini melibatkan pelbagai jenis kes termasuk tort kecuaian, perlanggaran tugas statutori, semakan kehakiman, penamatan kontrak dan sebagainya.
-
Berapakah jumlah saman yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2017-2019?
Jumlah saman yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2017-2019 adalah seperti berikut:-
TAHUN JUMLAH (RM)
2017 23,126,650.42 2018 26,467,921.39 2019 2,869,341.75 Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah saman tersebut merangkumi saman bagi kes penamatan kontrak, tanah dan kenderaan. Bayaran saman bagi tahun 2019 adalah sehingga 22 Oktober 2019.